Tuesday, February 1, 2011

RAYUAN UNTUK IBUBAPA

Ibu bapa yang dihormati,

Surat ini diedarkan kepada tuan/puan sebagai satu usaha pihak kami untuk mengenal pasti ibubapa yang sanggup untuk meluangkan masa berkongsi kepakaran, bakat dan pengalaman dengan pelajar-pelajar di maktab ini.

Kami berpendapat bahawa setiap pelajar mempunyai bakat dan potensi. Harapan kami bakat dan potensi ini dapat dicungkil dan diketengahkan. Salah satu cara untuk melaksanakan perkara ini adalah dengan cara memberi mereka sebanyak mungkin pengalaman yang boleh mengayakan diri mereka. Pengalaman dalam bilik darjah, kelas-kelas khas dan program-program lain yang disediakan oleh maktab mungkin telah dapat memenuhi sebahagian daripada keperluan pendidikan mereka. Tetapi kebolehan dan keperluan anak-anak kita adalah lebih dari itu dan ini memerlukan kita lihat peluang-peluang yang terdapat di luar dari ruang lingkup bilik darjah dan sekolah.

Kami percaya minat dan bakat pelajar dapat dipupuk dengan menyediakan ruang untuk mereka bergaul dengan kalangan orang yang lebih berpengalaman dan juga profesional yang mungkin mempunyai minat yang sama dengan mereka. Kami  percaya bahawa pelajar-pelajar yang mendapat pengalaman ini akan menjadi lebih berdikari, bertanggungjawab tehadap dirinya dalam usaha mendapatkan  ilmu, bermotivasi tinggi, serta mampu membuat kajian yang mendalam dalam apa jua bidang yang diminatinya.Maklumat Lanjut


Sekiranya tuan/puan berminat , sila hubungi Penyelaras SEM MRSM  Transkrian) No. Tel: 04- 5941877-212) atau Cikgu Noraini -Ketua JK Social Network SEM ( 04-5941877-217)
atau email  http://semtranskrian@gmail.com

0 comments:

Post a Comment