Wednesday, January 12, 2011

APA ITU SEM


Schoolwide Enrichment Model (SEM) telah dilaksanakan di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) sejak tahun 1988. MRSM Kulim melaksanakan SEM sebelum dipindahkan ke MRSM Taiping pada tahun 1991.
SEM pada asalnya digubal untuk Program Pendidikan Pintar Cerdas kemudian dikembangkan dan digunakan di institusi pendidikan sebagai inovasi untuk meningkatkan pencapaian di bawah ‘school improvement program’.
Pelaksanaan SEM di MRSM adalah satu inovasi dalam sistem pendidikan di Malaysia untuk memenuhi keperluan pelajar pintar cerdas akademik dengan menyediakan persekitaran persekolahan yang kondusif dan program pendidikan yang mencabar.
Pelajar pintar cerdas dapat menghabiskan kerja mereka dengan cepat. Mereka perlu diberi latihan tambahan untuk mengelakkan mereka bosan dalam kelas ,kaedah compacting dan diffrentation diamalkan dalam proses P & P Mengikut Renzulli, kanak- kanak cacat disediakan program khas bagi menghadapi kesukaran belajar. Mengapa pula kita tiada program untuk pelajar yang pintar cerdas. Pelaksanaan  SEM  menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada pelajar yang membolehkan mereka mengenalpasti minat dan seterusnya memperkembangkannya melalui enrichment triad dengan pengalaman Pengkayaan Type 1, Pengkayaan Type 2 dan Pengkayaan Type 3

0 comments:

Post a Comment