Monday, January 24, 2011

SEM DI MRSM TRANSKRIAN

PENGENALAN
Pelajar-pelajar hari ini bakal mewarisi satu era pembangunan yang dipenuhi pelbagai persaingan dan kemajuan teknologi canggih yang mencabar. Demi melengkapkan diri mereka dengan kemahiran dan ketahanan mental, program penggayaan ini diwujudkan dengan hasrat ia dapat memperkembangkan potensi pelajar secara terbeza dan bersepadu.
Program penggayaan yang dirancang adalah berpandukan kepada Schoolwide Enrichment Model yang telah diperkenalkan oleh Joseph S.Renzulli dan Sally M.Reis, dan diubahsuai mengikut keadaan di MRSM. Ia memberi tumpuan kepada tiga jenis program penggayaan yang bermula dari Aktiviti Type I, Type II dan Type III sehinggalah ke peringkat akhir iaitu PESTA PENGKAYAAN TYPE III  Penggayaan Type I dan Type II adalah bertujuan untuk menimbulkan rasa ingin tahu (inquiry) dan meningkatkan lagi minat dalam diri seseorang pelajar mengenai sesuatu isu manakala penggayaan Type III bertumpu kepada penyelesaian masalah sebenar.
Program Kemahiran Penyelidikan Saintifik yang diajarkan dalam Program KIKS untuk pelajar Ting. 4 di MRSM Transkrian merupakan salah satu elemen Kemahiran Akademik yang diajar secara formal dalam semester pertama di Tingkatan 4 dan aplikasinya berterusan sehingga pelajar membuat pembentangan hasil kajian di semester ke-2 semasa Pesta Pengkayaan SEM Type III dalam minggu aktiviti semester 2

SEM Type  1

 Melahirkan pelajar yang berketerampilan dan berfikir secara intelek, multiple intelligences dan untuk mengembangkan potensi secara bersepadu dan khusus.
Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk mencetuskan minat yang mendalam di kalangan pelajar kepada bidang-bidang yang telah diselaraskan oleh JK SEM. Di antara aktiviti yang boleh diadakan adalah seperti ceramah, lawatan, tayangan video dan Pesta Type III sesi sebelumnya (untuk pelajar Tingkatan 1 dan 2). Pada akhirnya pelajar akan memilih satu bidang yang diminatinya untuk diperkembangkan sebagai kajian.

SEM Type II
Bertujuan
Melatih kemahiran kognitif, Kemahiraran Amalan Belajar dan melatih kemahiran kepimpinan dan komunikasi.
Tujuan aktiviti ini adalah untuk memberikan kemahiran-kemahiran asas yang diperlukan oleh pelajar untuk memperkembangkan minatnya. Di antara kemahiran yang diberikan secara sengaja adalah melalui :-
1. Kursus Kemahiran Berfikir (KKB)
Kursus ini akan memberikan pendedahan dan latihan kepada pelajar untuk mendapat kemahiran dalam kaedah berfikir secara meluas, kreatif, analisis, inovatif, kritis dan lain-lain.
2. Kursus Amalan Belajar (KAB)
Kursus ini akan memberikan pendedahan dan latihan kepada pelajar untuk mendapat kemahiran dalam kaedah belajar seperti proses mencari maklumat melalui pembacaan, menyediakan nota, mengurus masa dan lain-lain lagi.
3. Kursus Asas Kepimpinan (KAK)
Kursus ini memberikan pendedahan dan latihan kepada pelajar dalam aspek kepimpinan. Banyak perkara yang diperlukan pelajar seperti kebolehan membuat keputusan, menentukan sasaran, berkomunikasi dan lain-lain diberikan melalui kursus ini.
Di MRSM Transkrian , kursus-kursus ini diberikan pada semester pertama iaitu Tingkatan 1 melalui Kursus Asas Tingkatan 1 (KAT 1) dan Tingkatan 4 melalui KIKS (Kemahiran Insaniah dan Kemahiran Subjek).

 SEM Type III

Objektif
Menghasilkan sesuatu yang baru (inovasi atau rekacipta) bagi menyelesaikan sesuatu masalah.
Aktiviti ini merupakan gerak kerja pelajar dalam kumpulannya untuk mengembangkan minat mereka sama ada dengan menjalankan penyelidikan, membina reka cipta atau apa-apa yang diluluskan oleh Jawatankuasa SEM setelah melakukan pendaftaran projek. Guru penasihat memainkan peranan penting untuk mengawal selia perjalanan aktiviti kumpulan masing-masing.
Perkembangan setiap kumpulan akan dipantau oleh Jawatankuasa SEM untuk menentukan tahap yang telah dicapai mereka.

PESTA Pengkayaan Type 3

Aktiviti ini merupakan kemuncak kerja pelajar di mana pada masa ini pelajar akan mempamerkan hasil kerja mereka kepada urusetia penilai, kumpulan sasaran ataupun pengunjung. Pesta Type III ini juga merupakan ruang untuk mencetuskan minat dan idea kepada pelajar baru.

0 comments:

Post a Comment